CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Jumaat, 20 Januari 2012

Luahan hati aku



Dalama aku update blog..hari ni terasa plak teringat kat blog..ALmaklumlah kuliah da bermula,masa pon banyak pada mentelaah..Pagi ni 1.24 am..tetiba aku rasa hiba..alankah hidup ini seperti ombak,ada pasang surutnya..YaALLAH,berat betul ujian kau padu hambamu yang kerdil ini..Aku rasa seperti diri ini tidak lagi dihargai oleh lelaki yang penah aku sayang,penah aku jaga,penah aku bimbing.,alangkah hina nya aku rasa dilakukan seperti ini.

Manusia cepat benar berubah hati,cepat benar melupakan kebaikan yang kita buat..buruk saja yg mereka nampak..begiulah dengan dia,sepatutnya dia paham keadaan aku,sentiasa memberi sokongan pada aku untuk belajar,Tapi tidak..aku yang sering dipersalahkan..tiap saat pasti kesalahan aku dicari,cpt benar kau berubah wahai hati..kau lupa akulah org yg selalu ada bersama kau,aku la perempuan yang sentiasa mencintai kau,akulah permpuan yg menerima segala nya yg kau ada,,tapi kenapa?
kenapa sedikit pon kau xpenah nak fahami aku?menghargai aku?kenapa?tiap hari aku menangis kerana memikirkan jaraki jauh antara kita,perasaan rindu xboleh lagi dipisahkan bersama detik2 yang ada sama seperti jam yang pernah aku hadiahkan pada kau,,

Betapa hinanya aku pada diri kau kan wahai kekasih hati?sehingga kau seksa aku sampai ke tahap ini.Apa salah aku?apa dosa aku?AKu tahu aku xsempurna macam permpuan lain...tapi aku ikhlas cintakan kau,,,aku ikhlas wahai kekasih hati........
aku terima kekuarangan yang kau ada,aku sanggup gadaikan nyawa dan segalanya demi bahagiakan kau,tapi sikit pn kau xpenah nak hargai semua itu...

Sekarang aku cuba melupakan diri kau,walaupun dalam keadaan terpaksa tapi itu la yang ptut aku lakukan sebab aku xnak lagi kau terpaksa tok cintaka manusia yg banyak kekurangan seperti aku ini..YaALLAH,aku xredha sebenarnya,tapi aku pasrah...JIka itu yang kau tentukan,..Aku xdpt menolak Keskuasaan mu..

Sabtu, 3 Disember 2011

Apakah yang lelaki MESTI FAHAM tentang wanita?





1-Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

2-Bukan bermaksud cerewet tak tentu hala, kadang kala wanita ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala.

3-Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya wanita akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan dendam.

4-Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5-Wanita sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. Wanita amat tabah.

6-Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam kerana wanita itu prihatin.

7-Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri seorang wanita masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga sesama kaum.

8-Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9-Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

10-Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. Nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.

Peranan lelaki dalam kehidupan wanita adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. Wanita diciptakan oleh Allah SWT dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah berusaha bersungguh-sungguh untuk memahami hati dan perasaan wanita.

Berlembut dan berkasih-sayanglah dengan wanita. Kerana hanya dengan kasih sayang sajalah yang mampu mengekal dan mengukuhkan perhubungan.

Sekian, semoga anda hepi, ceria dan bahagia sokmo :)

Jumaat, 2 Disember 2011

RARA ZIKRY TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH



Pada 19 Mac 2010, Zarith Nadhira Pelajar Lim Kok Wing jurusan interior design,yang dilahirkan pada 4 Oktober 1988, koma selama 2 bulan disebabkan satu asma sederhana Ketika beliau berbasikal bersama sahabat baiknya Lanie di kawasan Mahkamah Shah Alam. Pada mulanya dia telah dimasukkan di Darul Ehsan Medical Centre Shah Alam, kemudiannya merujuk Subang Jaya Medical Centre, telah dimasukkan dalam ICU. Alhamdulillah dia bangun dari koma tetapi tidak mampu bercakap atau berkomunikasi dengan ibu bapanya, saudara-mara & rakan-rakan. Dia perlu untuk makan melalui satu tiub di bawah perutnya. Tangannya & kaki kaku sehingga hari ini dan dia perlu rawatan perubatan selanjutnya dari pakar-pakar di University Hospital. Diagnosisnya ialah Hypoxic Ischaemic Encephalopathy, dalam maklumat mudah : kecederaan otak disebabkan daripada kekurangan oksigen kerana beliau mempunyai kesukaran bernafas.Kos Hospital untuk rawatan di Subang Jaya Medical Centre berlaku RM80,000.00 untuk tidak termasuk berharga DEMC dan kemudian kos lain menanggung di Sunway Hospital.

Semalam 1 december 2011 bersamaan hari khamis,Zarith Nadhira Atau lebih dikenali sebagai Rara Zikry telah kembali ke rahmatullah.Rara Zikry atau Zarith Nadhira binti Mohamad Zikri.Mungkin ramai dah tahu kisah dia.Cantik dan sempurna ciptaan Allah ini.Tapi dalam waktu yang singkat disebabkan serangan asma,hidup beliau terus bertukar 360 darjah.Siapa dapat menyangkal kuasa Allah bila menetapkan sesuatu untuk terjadi?Bila tiba saati itu,kita tidak dapat berbuat apa-apa,tentu ada rahmatnya.Yakin dan percayalah...

Al-Fatihah, "mY sweeTTY bLog" ucapkan semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan mukmin.Kepada ahli keluarga,kenalan dan sahabat handai beliau,diharapkan semoga bersabar dan menerima pemergian beliau dengan redha.











Diriwayatkan Imam Muslim dan Imam Bukhari dari Abu Hurairah ra bahwa Nabi SAW bersabda:
"Tidak satu musibah pun yang menimpa diri seorang Muslim, baik berupa kesusahan dan penderitaan, kesediihan dan kedukaan, maupun penyakit. Bahkan sepotong duri yang mencocok anggotanya, kecuali dihapuskan Allah itu sebagian dari kesalahan-kesalahannya."

Khamis, 1 Disember 2011

OMBAK RIINDU DIPAWAGAM 1 DEC 2011



Filem Ombak Rindu diadaptasi dari novel popular OMBAK RINDU karya Fauziah Ashari.Filem ini hasil terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Tarantell Pictures

Menjadi anak yatim piatu, dilacurkan oleh bapa saudara sendiri serta berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta. Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah lakonan aktres jelita, Maya Karin dalam filem terbarunya, Ombak Rindu.
Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.



Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?
Antara pelakon yang membintangi filem ini ialah
MAYA KARIN
AARON AZIZ
LISA SURIHANI
BRONT PALARAE
AZIZAH MAHZAN
ZAIDI OMAR
NORMAH DAMANHURI
NATASHA HUDSON

JOm pegi tgk filem ni.!Adakah lagi hebat dari filem sebelum ni "LAGENDA BUDAK SETAN"
Atau lebiH SERonOK!



Tolong LIKE FANPAGE saya!!



hai Tolong like page shika !teKAN LIKE DIbawah


PERKARA SUNAT 10 MUHARRAM


:5: hI SMUA!:5:

Entry kali ini tentang FAdhilat puasa sunat Asyura..Sempena baru2 ini kita menyambut Tahun baru islam atau dikenali sebagai "Awal Muharram"

Hari ‘Asyura merupakan hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram. Rasulullah S.A.W telah menggalakkan umat Islam agar berpuasa pada hari ini kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri disamping kelebihan bulan Muharram itu sendiri.10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama iaitu pada hari inilah nabi Musa dan pengikutnya telah diselamatkan oleh Allah daripada musuh mereka.
Pada hari ini juga tercatat peristiwa pahit dalam sejarah Islam iaitu pembunuhan kejam ke atas tubuh yang mulia Sayyidina Husin yang merupakan cucu kesayangan Rasulullah S.A.W di bumi Karbala. Pembunuhan yang kejam ini dilakukan oleh Syiah Kuffah bukannya oleh tentera Yazid bin Mu’awiyah sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak. Walaupun adanya mazhab Syiah yang menyatakan bahawa pada hari ini tidak boleh berpuasa kerana kita semua mesti bersedih dengan pembunuhan Sayyidina Hussin pada 10 Muharram. Kita jawab balik kepada pendapat mereka bahawa kita semua disunatkan berpuasa pada setiap hari Isnin sedangkan pada hari Isnin merupakan hari kewafatan junjungan besar Muhammad S.A.W yang lebih besar kesedihannya tetapi kita semua tetap berpuasa sunat pada hari tersebut.
Jadi marilah kita sama-sama berpuasa sunat dihari tersebut untuk medapat pahala dan disamping menjaga kesihatan :40:..selain dari menjaga nafsu diri menahan dari lapar dan dahaga :42:


Rabu, 30 November 2011

~KENA SAmAN??CARa mudaH UNtuk, menYEMAK SAMAN ANda ~



salam 1Dunia, kemudahan internet memudahkan pemandu di Malaysia untuk semak saman trafik secara online atau SMS. Yang lebih menarik pemandu akan dimaklumkan setiap kali mendapat saman trafik melalui SMS dan email jika berdaftar dengan MyEG. Dengan semua kemudahan semakan saman online menyebabkan pemandu Malaysia semakin berani kerana tak perlu berjumpa Polis atau JPJ untuk menyemak saman trafik. Patutlah jumlah kemalangan kian meningkat.

Semak saman trafik JPJ melalui Online :

Hanya perlu memasukan no kad pengenalan atau masukan no kad pengenalan dan no plat kereta @ JPJ Online

Semak saman Polis melalui SMS :

Taip POLIS SAMAN [NO KAD PENGENALAN] hantar kepada 32728
contoh : POLIS SAMAN 701010011010 hantar kepada 32728
atau untuk dapatkan maklumat lebih detail , taip sms :

SAMAN POLIS [no pendaftaran kenderaan] SEMUA , hantar kepada 32728
contoh : SAMAN POLIS BHN786 hantar kepada 32728
Kalau mahu detail saman dihantar ke alamak email, taip

POLIS SAMAN [no pendaftaran kenderaan] [email ] hantar kepada 32728
Contoh : POLIS SAMAN BHN786 denaihati@yahoo.com dan hantar ke 32728
Kepada yang dah tersenarai ada saman trafik boleh buat pembayaran saman secara online di MyEG tapi mesti daftar jadi ahli.

Selain semak saman trafik secara online dan SMS pemandu juga boleh memperbaharui cukai jalan kenderaan secara online dan membeli insuran secara online. Kalau nak tahu boleh lansung ke “Renew Road Tax secara Online“.

Untuk melihat gambar sikap buruk pemandu Malaysia boleh terus ke “Gambar Sikap Buruk Pemandu Malaysia“. Untuk melihat kereta-kerta terbaru boleh terjah “Autoworld“.