CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Jumaat, 2 Disember 2011

RARA ZIKRY TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH



Pada 19 Mac 2010, Zarith Nadhira Pelajar Lim Kok Wing jurusan interior design,yang dilahirkan pada 4 Oktober 1988, koma selama 2 bulan disebabkan satu asma sederhana Ketika beliau berbasikal bersama sahabat baiknya Lanie di kawasan Mahkamah Shah Alam. Pada mulanya dia telah dimasukkan di Darul Ehsan Medical Centre Shah Alam, kemudiannya merujuk Subang Jaya Medical Centre, telah dimasukkan dalam ICU. Alhamdulillah dia bangun dari koma tetapi tidak mampu bercakap atau berkomunikasi dengan ibu bapanya, saudara-mara & rakan-rakan. Dia perlu untuk makan melalui satu tiub di bawah perutnya. Tangannya & kaki kaku sehingga hari ini dan dia perlu rawatan perubatan selanjutnya dari pakar-pakar di University Hospital. Diagnosisnya ialah Hypoxic Ischaemic Encephalopathy, dalam maklumat mudah : kecederaan otak disebabkan daripada kekurangan oksigen kerana beliau mempunyai kesukaran bernafas.Kos Hospital untuk rawatan di Subang Jaya Medical Centre berlaku RM80,000.00 untuk tidak termasuk berharga DEMC dan kemudian kos lain menanggung di Sunway Hospital.

Semalam 1 december 2011 bersamaan hari khamis,Zarith Nadhira Atau lebih dikenali sebagai Rara Zikry telah kembali ke rahmatullah.Rara Zikry atau Zarith Nadhira binti Mohamad Zikri.Mungkin ramai dah tahu kisah dia.Cantik dan sempurna ciptaan Allah ini.Tapi dalam waktu yang singkat disebabkan serangan asma,hidup beliau terus bertukar 360 darjah.Siapa dapat menyangkal kuasa Allah bila menetapkan sesuatu untuk terjadi?Bila tiba saati itu,kita tidak dapat berbuat apa-apa,tentu ada rahmatnya.Yakin dan percayalah...

Al-Fatihah, "mY sweeTTY bLog" ucapkan semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan mukmin.Kepada ahli keluarga,kenalan dan sahabat handai beliau,diharapkan semoga bersabar dan menerima pemergian beliau dengan redha.











Diriwayatkan Imam Muslim dan Imam Bukhari dari Abu Hurairah ra bahwa Nabi SAW bersabda:
"Tidak satu musibah pun yang menimpa diri seorang Muslim, baik berupa kesusahan dan penderitaan, kesediihan dan kedukaan, maupun penyakit. Bahkan sepotong duri yang mencocok anggotanya, kecuali dihapuskan Allah itu sebagian dari kesalahan-kesalahannya."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan