CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Selasa, 28 Jun 2011

RUMAH KEDUAKU-FACEBOOK


Helo!testin2~
Skrg ni pukul 1:02 am..so tataw nak buat ape,nak on9 fb tp tetibe lak fb inform kat aku
"Akaun anda tidak dapat digunakan buat sementara disebabkan penyelenggaraan laman. Dijangka ia dapat digunakan semula dalam masa beberapa jam. Kami mohon maaf atas kesulitan ini."Uwaaaa...pns ht aku ni,,ouH lper korunk taw x fb 2 apa??HAHA,tpu la xtaw kan,"FACEBOOK"..Aku shARe skit ttg sejarah fb ni,fb diasaskan oleh Mark Zuckerberg pd(4 feb 2004,fb ni sbnrnya direka sbg media prhungn antara stdent HARVARD(kolej)..tp kampus lain pon trut serta stdent diorg buat akaun,so fb ni mcm berkmbg,,Mark pon amik kesempatan nak kmbgkan lg fb ni untuk semua org,mark n 2kwn dia nama,,alamak!xtaw la nama,mgmbngkan fb dengn bermodalkan 500 ribu US Dollar.
Mark ni plak dpt plak twran oleh friendster(pnh dgr x?)tp beliau mnolak tawrn 2,xsia2 beliau tolak,then dpt lak lg dana 12.7juta us dollar tok kmbgkan fb.,
facebook jugak pnh ingin dibeli oleh yahoo,dan twrn viacom,tp mark tolak lg..
Now!fACEBOOK SMAKIN BRKMBG MAJU!Buat ms ni xda 1 jejaring sosial lain yg dpt mndingi fb,lebih dr 25 juta,aktif fb termsuk la aku haha!
aku plak ADE akaun ni sejak umur aku 18 THUN..(2009),DLU lyn myspace je,skunk ms pon dalama xbukak da,fb ni da mcm RUMAH KEDUA AKU ~ :)

Isnin, 27 Jun 2011

MELUAHKAN PERASAAN



Aku takde tmpt nak meluahkan perasaan ak ni..nAsib baik ader blog,harap la ringan sket beban yang aku tgung..hari ni msuk hari ke-4 ak brgduh dgn dia..xdengr suara dia,xdengr berita dia..bab ak da remove dia dr fb..dia pon macam kisah xkisah je pemergiaanaku,mungkin ak yg lebih2 sgt sygkan dia.,yelah yang buruk smuanya aku,yg baik smuanya dia kan..hr ni jugak hari ke-4 ak x sentuh lansung mkanan,ksian mak pent msk tp aku xmakan..ak betul2 xder selera,kenyang sgt dgn perangai dia..subuh ni aku demam,rasa nak pitam pon ader,yg aku thu mengs x benti2,,,kdg2 aku rasa bdohnya aku ni,rosakkn dri sndri demi cnta,,padahal ramai jer lagi lelaki kt dunia ni...kenapa aku xbg jer peluang kt depa,ok lah aku bg sebab kenapa..bab aku sush nak jth cnta,bab ini la 1st time aku betul2 jujur ngan lelaki,,tp ak dipermainkan..pula,,"JGN LA SALAH KAN PEREMPUAN BILA PEREMPUAN PSG SKANDEL"..Betullah ak sllu dengar orang kata,"cinta tu sakit"...
mmg betol!TerLalu skit sgt2...kenapa lelaki xphm smua 2,,bg ak...2011 ni adalah thun ak da mula matang,wlau xbyk tapi ak cuba,aku ingt xnk lagi jatuh cnta,bb ak rs cnta aku sekrg ni cinta mati,hingga hujung nyawa kalo boley,tp aku silap rupanya...cnta aku tu hanya sia2,pengorbanan aku tu mcm xda maknanya..aku xmintak pon dibalas,cukup la dihargai da sgt2 ak gembira da,sekarang baru aku sedar tmpt aku dimana,,ak bukan anak org kaya,ak pon buknnya ctik tp ak ada 1 cnta..cinta yg abadi selamanya,biarla org nk meletakkan aku ditahap yg mana,hanya org yg betul2 kenal aku je thu siapa aku sbnrnya....




Jumaat, 24 Jun 2011

KENAPA KAU XPENAH PHM AK


Satu hari xpnah ak xmenangis..hidup ak bertemankan air mata dan mkn hati ngn sikap dia..hebatnya ALLAH uji aku...mcm2 dia buat aku...tapi ak ni sabar jer..ak mengalah apa yang dia buat...aku dimaki,dihina tiap2 hari.,kdg2 aku pon pelik kenapa ak lemah sgt nak bantah dia,kenpa yer,,kenapa dia wat ak macm ni..setahun ak kenal dia,mana pergi kasih syg dia...kenapa aku masih lagi tunggu2 kan dia,padahal..ramai laki nakkan aku...AKU TINGGALkan org yg betul2 sygkan aku...cntakan ak,tiap saat menyanjungi dan menghrmati ak...kenapa aku xtinggl kan jer dia,knapa aku tgu2 dia..sedgkan aku yang hri2 sakit sebb dia..YaALLAH,kau ubah la sikap dia YAallah...AK DA usaha sgt2 yaALLAH,tp ak GAGAL!ak tewas lagi.,bukak kanlah pintu hatinya YAALAH tok dia berubah,ak tkut nak terima hakikat..bila ak mmbenci dia tok selama2nya dlm hdup aku,berila aku kekuatan....

Jumaat, 3 Jun 2011

ANDAI LELAKI TAHU


terasa malam ni sunyi sgt....
so MaCAM biasalah ak coret kan sedikit di blog...
lelaki kdg2 xphm apa yg ada dlm diri "SEorg perempuan kan"

so per kata lelaki...take a note bout this important things

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

seMOgA lELAKI diluar sana dapat memperbaiki diri msing2..