CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Khamis, 1 Disember 2011

OMBAK RIINDU DIPAWAGAM 1 DEC 2011



Filem Ombak Rindu diadaptasi dari novel popular OMBAK RINDU karya Fauziah Ashari.Filem ini hasil terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Tarantell Pictures

Menjadi anak yatim piatu, dilacurkan oleh bapa saudara sendiri serta berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta. Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah lakonan aktres jelita, Maya Karin dalam filem terbarunya, Ombak Rindu.
Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.



Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?
Antara pelakon yang membintangi filem ini ialah
MAYA KARIN
AARON AZIZ
LISA SURIHANI
BRONT PALARAE
AZIZAH MAHZAN
ZAIDI OMAR
NORMAH DAMANHURI
NATASHA HUDSON

JOm pegi tgk filem ni.!Adakah lagi hebat dari filem sebelum ni "LAGENDA BUDAK SETAN"
Atau lebiH SERonOK!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan