CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Selasa, 20 September 2011

ITULAH MASA ... '')


Aku hanya akan hidup hari ini, maka aku akan
mengucapkan, "Wahai masa lalu yang telah berlalu dan selesai,
tenggelamlah seperti mataharimu. Aku tak akan pernah menangisi
kepergianmu, dan kamu tidak akan pernah melihatku termenung sedetik pun
untuk mengingatmu. Kamu telah meninggalkan kami semua, pergi dan tak
pernah kembali lagi." "Wahai masa depan, engkau masih dalam kegaiban.
Maka, aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri
hanya untuk sebuah dugaan. Aku pun tak bakal memburu sesuatu yang
belum tentu ada, kErana esok hari mungkin tak ada sesuatu. Esok hari
adalah sesuatu yang belum diciptakan dan tidak ada satu pun darinya yang
dapat disebutkan." "Hari ini milik Anda"~!

Khamis, 15 September 2011

EGO PEREMPUAN BAB APER??

TIme kerja ni tetiba layan blog plak..yela tgh xder kerja nak buat ni...ok lah posting kali ni...ttg "EGO"!beB KORUnk der ego ker?awek korang ego x..k lah...entry ni eika bkn nak pihk pada sesiapa...tp ini lah realiti kenapa wanita ego!Mungkin sesetengah lelaki akan fikir perempuan yang payah untuk mulakan apa-apa dahulu adalah kerana ego. Contohnya, sebelum couple, the guy did all the works. Dari bahagian meng’usha’, bersusah payah dptkan nombor telefon, ajak keluar hinggalah melamar jd gf. Perempuan pilihan tu hanya tunggu and nantikan whats next. Tapi sebenarnya dalam proses menunggu tu, banyak yg berlaku. Korang dah tahu kan perempuan byk fikir, jadi dalam masa itu sebenarnya perempuan tengok keikhlasan lelaki tersebut, cara dia melayan, kaji latar belakang lelaki tu (kitaorang tak panggil ‘stalking’ kitaorang panggil ‘kaji selidik’ ). Even, baca artikel tentang hubungan (tak semua tetapi bagi yang pernah ada sejarah hitam dlam bercinta), tengah basuh pinggan, basuh baju semua pun fikir patut terima atau tak. Bagi mereka, sebab untuk tak memulakan dahulu takut nampak terhegeh-hegeh, seperti perempuan murahan senang sgt nak dapat sebab tu perempuan berikan cabaran selain tgk sejauh mana kesanggupan lelaki tu untuk dapatkan cinta tulus suci, auwww...
erempuan bukan ego tetapi berhati-hati. Kalau diorang dah suka, diorang fikir cara tak nak bagi kau bosan tapi diorang masih letakkan benteng supaya tak mudah nak ceroboh hati diorang. Bila dah couple, masih si lelaki yg mulakan semua, lama kelamaan lelaki rasa tak adil, bosan, jiwa kacau, tak disayangi. Memang tak adil tapi itu untuk sementara waktu bila perempuan tu dah betul2 selesa, able to lower their guards. Kenalah bersabar dan tegur secara tak langsung. Keep the communication going. Baru diorang nampak dan cuba untuk berubah. Itu pun tak boleh buat ke? Perempuan tak mesej/sms atau call dulu bukan sebab ego tapi maruah. Bukanlah girlfriend korang langsung tak nak buat dulu kan cuma most of the time korang buat.

Traditionally, biar lelaki nampak macho jadi gentleman, err comel. Perempuan suka macam tu, rasa diperlukan. Sebab diorang takut bila diorang mulakan, lelaki akan rasa selesa (comfort zone) dan serahkan semua pada perempuan, mula untuk ambil mudah, fikir yg apa2 pun perempuan tu tetap akan cari dia, kemudian rasa bosan dan usha awek lain. Takut ditinggalkan bila lelaki feel the urge to chase some other girls. Jadi kenapa masa nak usha tak kisah buat semua kerja bila dah dapat, rasa selesa, kemudian bosan dan kejar perempuan lain? Rutin korang sama je kan.

Sayangilah girlfriend korang, manjakan diorang secara berhemah, setia, komitmen sebab untungnya korang bila berjaya tawan hati perempuan idaman. Perempuan baik-baik yang perlukan usaha untuk dapat. Cabaran yg korang tempuhi adalah untuk kesenangan dimasa hadapan. Tinggi mana pun ego seorang perempuan itu tak kan dapat melampaui ego seorang lelaki. Kalau korang tahu handle girlfriend korang, korang akan tahu cara untuk puaskan hati diorang dan ya, berjaya kekalkan hubungan. Berkorbanlah sikit, dah kahwin nanti balas dendam suruh diorang masak ketam lemak cili api dan jaga anak-anak yg ramai.

Dinding Cinta Hati

Angin malam yang menghembus laju, membawa seribu kedinginan malam itu. Angin sepoi sepoi bahasa bagaikan mengerti situasi yang berlaku. Perbualan di antara Edward dan Bella juga semakin dingin. Bunyi cengkerik yang sedari tadi saling sahut menyahut mencetus kesayuan malam, angin malam semakin kuat menghembus laju. Malam itu tidak sama seperti malam sebelumnya. Tidak senyaman malam biasa.Edward masih tertunduk lelah selepas selesai menjawab segala butir pertanyaan yang lahir dari bibir comel Bella. Nafas ditarik sedalam mungkin, Edward akhirnya memulakan bicara."Andai kata suatu hari nanti kita ditakdirkan tidak mampu bersama, saya tetap berbangga kerana awak pernah jadi sebahagian dari hidup saya Bella. Jadi tidak salah jika kita terus mencuba."Bella terkedu seketika. Sambil menggenggam kedua belah tangan kecil itu, mata kaku memandang ke tanah sambil mengumpul segala kekuatan yang ada."Saya cuba", cetus Bella dengan penuh kesayuan disambut dengan angin malam yang menghembus lembut.Satu kata yang hanya mampu diucapkan juga mungkin satu kata yang semahunya didengari di cuping telinga Edward. Edward tersenyum mendengar jawapan dari Bella, tersenyum bagaikan dia sudah memenangi sebuah hadiah yang mampu membuatkan dia tersenyum lebar, tersenyum bagaikan tiada apa yang berlaku sebentar tadi, tersenyum bagaikan tiada masalah baginya kala ini.Akan tetapi Edward masih tidak dapat mengagak bahawasanya masih ada sesuatu yang berlegar di ruang minda Bella. Masih ada sesuatu yang bermain main di kotak fikiran gadis itu. Hati Bella semakin berbelah bahagi, semakin tak keruan.
Akan tetapi Edward masih tidak dapat mengagak bahawasanya masih ada sesuatu yang berlegar di ruang minda Bella. Masih ada sesuatu yang bermain main di kotak fikiran gadis itu. Hati Bella semakin berbelah bahagi, semakin tak keruan.Bella kaku seketika, memikirkan apa yang harus dilakukan untuk meluahkan rasa hati. Dengan penuh rasa berani, Bella bangun memandang muka Edward, memandang dengan penuh keinginan. Edward terdiam penuh tanda tanya. Mata saling bertentang mata. Cahaya terang bulan terus melimpah ke arah pasangan itu, membuatkan keadaan bertambah sepi."Untuk pengetahuan awak kala ini, saya sudah pon membina sebuah dinding/benteng di hati saya. Ini kerana saya perlu menjaga hati saya supaya tak terlalu mengharap ke atas awak dan saya tidak mahu meletakkan seribu kemungkinan supaya saya yang akan merasa kesakitan yang teramat dalam jika kita ditakdirkan untuk tidak bersama satu masa nanti. Maafkan saya.", ulas Bella memecah kesepian malam.Edward kaku, mendengarkan bicara hati Bella. Dia masih kaku, terkelu, diam seribu bahasa. Apa mungkin Bella telah menguris hati lelaki itu. Hati sang lelaki yang mungkin akan mengubah hidupnya suatu hari nanti."Bina lah dinding sekeras besi konkrit, bina lah dinding setinggi gunung, bina lah dinding setebal lautan. Saya janji saya akan lintasi dinding awak asalkan awak percaya saya akan datang di hadapan awak. Binalah setinggi langit, saya tetap akan cuba memanjat dinding itu. Tunggu saya di seberang saya, saya pasti datang."Terkedu Bella mendengarkan tiap bait kata yang dilontarkan Edward. Manis katanya melebihi manisnya gula. Perbualan terhenti begitu saja, tanpa diduga. Bella berpaling, memulakan langkah kaki kanan pergi meninggalkan Edward keseorangan dalam cahaya terang bulan diiringi dengan angin bayu malam.