CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Isnin, 21 November 2011

ANAK YANG MEMBUANG AYAH KANDUNG SENDIRI

ASALAMUALAIKUM...HI SEmua ! :5:
TAjuk entry kali ni agak menyesntuh hati kan..sebelum tue shika nak tanya,ader ke manusia yang lahir dalam dunia ni tanpa ayah?:30:Sudah semestinya tidak ada bukan?Setiap manusia yg brada dia atas muka bumi ini mempunyai ayah,walaupun ayahnya meninggal sewaktu dia dilahirkan atau tidak tahu siapa ayahnya tp realitinya dia tetap mempunyai seorang bapa.Entry kali ini adalah kisah benar sebenarnya,buat pengetahuan semua ini adalah penceritaan sesama jiran sewaktu di kampung dahulu..*cuma dirahsiakan nama dan identiti.

Org kg shika ni namanya pak Ali(bukan nama sebenar)Pak ali seorg pekerja kg di kg shika,beliau mempunyai seorang anak tunggal yg bernama Siti(bukan nama sebenar.Isteri Pak Ali pula bernama GAYAH(bukan nama sebenar).Mereka sekeluarga tinggal sebumbung walaupun Siti iaitu anaknya sudah mendirikan rumah tangga dan Pak ali mempunyai 3 cucu hasil dari perkahwinannya bersama Meon(bukan nama sebenar).

Rumah yg mereka tinggal sekarang adalah hasil titik peluh Pak Ali bekerja,meon menantunya malas bekerja dan hanya bergantung pada pendapatan isterinya siti yang hanya menjual kerepek.

Pada suatu hari,Pak Ali kehilangan sesuatu yang amat berharga baginya iatu kematian isterinya Mak Gayah.Pak Ali sangat sedih dan terasa seseuatu yg kosg dalm hdupnya.Sebelum Mak Gayah meninggal dunia,beliau telah berpesan pd suaminya agar menukarkan nama tanah dan rumah yg dihadiahkan oleh Pak Ali kepadanya kepada anak perempuan tunggalnya siti.


Disebabkan wasiat isterinya,Pak ALi tunaikan permintaan arwah isterinya tersebut.Sekarang semua hak milik sudah menjadi milik Siti.Setelah suaminya si MeOn tahu tentang perkara hak harta tersebut,Meon pemuda umur lingkunga 30-an tersebut sangat gembira dan puas.Petang seminggu selepas itu.Meon menjelaskian hasratnya kepada Siti iaitu menyuruh isterinya menghalau bapa mertua nya keluar dari rumah..Pada mulanya Siti memang enggan kerana naluri kecil perempuan itu masih lagi mempunyai simpati terhadap bapanya.

Tetapi si Meon sangat la bijak menggunakan hak yang setiap suami ada iaitu "lafazan talak".Meon mengugut isterinya iaitu jika isterinya enggan menghalau bapanya dia akan keluar dari rumah tersebut dan menceraikan Siti.Disebabkan Siti takut ditinggalkan suaminya,siti telah memberitahu hasratnya dan suaminya kepada Pak Ali.Pak Ali yang tua dan uzur sangat sedih terhadap tindakan dan keputusan ank dan menantunya itu.

Pakaian Pak Ali dicampak ke luar oleh Meon dan meon telah menutup pntu dan meberi amaran supaya Pak Ali tidak lagi menjejakkan kaki ke atas tanah rumah itu dan juga kolam ikan yang merupakan sumber rezeki PaK Ali.Alangkah sedihnya sahabat melihat btpa kejamnya perlakuan tersebut


Mujurlah ada insan yang berhati mulia dan masih lagi bersimpati terhadap Pak ALI iatu Hajar(bukan nama sebenar)* iaitu merupakan adik Pak Ali.Hajar dan suami membawa Pak ALi untuk tinggal bersama mereka kerana kata HAjar dirumahnya tiada siapa kerana Hajar dan suaminya tiada anak walaupun lebih 30 tahun berkahwin.Rumah Hajar dan rumah anak Pak Ali tidak la jauh mana,hanya melintas jalan besar sahaja.Sekarang,Pak Ali menghabiskan sisa2 hidupnya hanya termenung di beranda dan tidak boleh membuat sebarang kerja atas faktor dirinya menderita athma yang sangat serius.


Bayangkanlah sahabat anda berada ni tempat Pak Ali,apakah perasaan anda?Dihalau dari rumah sendiri dan Anak kandungnya sendri lebih2 lagi rumah yang beliau tumpang tersebut tidak la jauh mana dengan rumahnya dahulu.Bagaimana Pak Ali mahu menjawab setiap kali org kampung bertandang ke rumah Hajar dan apakah perspektif pandangan mereka?


Itulah dunia..seorng ayah boleh membesarkan anak2 yg ramai sedangkan anak2 yg rmai tidak boleh menjaga seorang ayah.Sedangkan masa kecilnya bergaduh dengan saNG Nyamuk yang dlunya mengganggu anak ayah yg comel tidur tetapi anak?Sejauh mana keperihatinan mereka?Pak ALi merasakan ini adalah ujian terhadap dirinya di atas muka bumi ini,dan beliau redha ketentuan Ilahi buatnya..


Kepada sahabat2 yang membaca entry ini,ambil la beberapa nilai moral untuk dijadikan panduan hidup.Sanyagilah ayah anda sebelum terlambat dan menyesal.
-SALAM UKHWAH-
*jangan lupa share this story untuk dikongsikan bersama dan jika anda rasa entry ini bagus tekan like dan jgn lupa tinggalkan komen tq ~




:45::45::45::45:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan