CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Jumaat, 6 Mei 2011

LELAKI SERING SALAH ANGGAP PD GAL!

Ada beberapa perkara tentang perempuan yang lelaki sering salah anggap :-

1) Perempuan kadang2 tak pandai nak tunjukkan yang diorang ni concern dengan cara yang betul. Apa yang diorang tau buat adalah membebel! Ahaha. Orang lelaki mesti pening bila kekasih diorang membebel. Contohnya suruh makan ubat la bila demam, suruh itu la, ini la. Tapi sebenarnya perempuan tu tengah concern giler2 kat korang wahai lelaki.

2) Ada suatu ketika bila seseorang perempuan tu manja gila2 dengan kekasihnya. Dengan mengada2 nya, merengek2 nak bermanja. Lelaki mesti rimas kan? Mesti lelaki akan anggap kekasih diorang tu bersikap lemak. Tapi sebenarnya, di saat itu lah, kekasih korang tu paling rindu kat korang. Sakit tau tanggung rindu ni. Lain kali kalau gf korang nak bermanja tu layankan je. Pastu ok lah dia. Heee.

3) Bila perempuan period! Ramai lelaki menyangka perempuan period ni macam singa. Memang betul pun! Ahaha. Lepas tu korang bertindak menjauhkan diri sikit daripada gf korang tu untuk mengelakkan sebarang pergaduhan. Itu yang sebenarnya korang silap. Hihi. Bila gf korang period, memang lah emosi dia tak stabil. Kadang2 nak nangis la, nak marah la, tapi korang lah yang patut bertindak menenangkan dia. Bukannya malah menjauhkan diri. Kesian awek korang. Huhu. Cuba bayangkan, dah lah emosi dia tak stabil, bf pulak macam nak elak je. Lagi lah I jadi gila! (bak lagu Zee Avi)

4) Bila dia kuat cemburu, itu bukan kerana dia nak mengongkong korang wahai lelaki, tapi dia takut dia tak dapat lepaskan korang kalau-kalau nanti korang dah jumpa seseorang yang lebih baik dari dia. Gf korang takut tak dapat lepaskan korang walaupun apa yang dia mahukan hanyalah kebahagiaan korang. Itu maknanya dia takut kehilangan korang.

5) Ini yang terakhir. Bila seseorang perempuan itu mula senyap. Itu tandanya dia dah give up dengan korang. Kalau selama ni dia asyik marah kalau korang flirt2 dengan perempuan lain, tapi sekarang dia senyap je, dia diamkan je segala apa yang korang buat, itu tandanya dia dah tawar hati. Jadi bersyukurlah kalau gf korang masih membebel kat korang, masih mengada2 dengan korang dan marah2 kan korang bila korang tengok tak kelip2 perempuan seksi. Sebab itu tandanya hatinya masih kukuh kat korang. Tingginya ego seorang lelaki takkan dapat menandingi tawarnya hati seorang perempuan.

umm paper pon smua dtg dr ht msing2kan!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini